PAS Kedah sokong Sanusi haram kedai judi

PAS Kedah sokong Sanusi haram kedai judi

PAS Kedah berkata tiada agama yang membenar penganutnya berjudi kerana ia tidak membawa kebaikan kecuali menguntungkan operator perjudian.

kedai judi 4d
Ketua PAS Kedah Ahmad Yahaya percaya keputusan kerajaan negeri mengharamkan kedai judi tindakan tepat.
PETALING JAYA:
PAS Kedah menyokong keputusan Menteri Besar Sanusi Nor menutup semua premis nombor ekor 4D dan kedai perjudian di negeri itu, selepas Mahkamah Tinggi memutuskan tindakan tersebut tidak berperlembagaan.

Ketua PAS Kedah, Ahmad Yahaya, percaya keputusan kerajaan negeri tindakan tepat dan berkata, tiada agama yang membenarkan penganutnya berjudi kerana tidak membawa kebaikan kecuali keuntungan yang dibolot operator premis judi.

“Kami kesal dengan tindakan syarikat perjudian yang hanya memikirkan keuntungan sendiri sehingga mengetepikan kesan ketagihan judi yang merosakkan keharmonian dan keutuhan bermasyarakat di negeri ini.

“PAS Kedah menyokong langkah kerajaan negeri menggunakan jalan perundangan untuk mempertahankan keputusan yang dibuat itu,” katanya dalam kenyataan.

Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 20 Jun lalu memutuskan tindakan kerajaan negeri tidak mengeluarkan atau memperbaharui lesen premis perjudian adalah tidak berperlembagaan.

Mahkamah juga mengarahkan kerajaan Kedah, menteri besar, Majlis Bandaraya Alor Setar dan datuk bandar membayar pampasan kepada operator yang mengalami kerugian akibat keputusan itu.

Pada November 2021, Sanusi mengumumkan pengharaman premis perjudian di seluruh Kedah dengan mengarahkan pihak berkuasa tempatan tidak memperbaharui lesen perniagaan itu.

Premis perjudian menghentikan operasi di Kedah pada 2023 susulan keputusan kerajaan negeri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.