KPM cadang beri elaun pelajar Tingkatan 6

KPM cadang beri elaun pelajar Tingkatan 6

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata langkah itu antara usaha penjenamaan semula pendidikan Tingkatan 6.

pelajar student
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata cadangan elaun kepada pelajar Tingkatan 6 akan diperincikan sebelum dibawa ke peringkat belanjawan melalui Kementerian Kewangan.
KANGAR:
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang memperincikan cadangan menyediakan elaun kos sara hidup pelajar dan guru penolong kanan Tingkatan 6 sebelum dibawa ke peringkat belanjawan negara melalui Kementerian Kewangan.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata langkah itu antara usaha penjenamaan semula pendidikan Tingkatan 6 di negara ini, selain memastikan kualiti pendidikan itu diperluas dan dipertingkatkan.

“Antara inisiatif yang kita ingin beri tumpuan ialah melihat sudut elaun mereka, peranan dimainkan pentadbiran kolej Tingkatan 6 … untuk melihat peluang pendidikan bagi pelajar Tingkatan 6 ini diperluas,” katanya.

Fadhlina berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Daurah Hadis 40 Imam Nawawi Peringkat Kebangsaan 2024.

Program itu berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata kementerian melaksanakan beberapa inisiatif penting berhubung pembangunan pelajar di negara ini termasuk aspek kesihatan mental, antaranya penambahan guru kaunseling dan menambah baik sudut kepakaran mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.