
Ketua Polis Tapah Mohd Naim Asnawi berkata, wanita berusia 30 tahun yang tersepit di tempat duduk penumpang hadapan itu meninggal dunia di tempat kejadian.
“Kira-kira 4.30 pagi, satu kemalangan berlaku membabitkan sebuah ambulans yang dipandu lelaki berusia 41 tahun melanggar bahagian belakang sebuah treler di laluan sebelah kiri.
“Semasa kejadian, ambulans tersebut dalam perjalanan balik dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) di Kuala Lumpur ke Ipoh setelah selesai menghantar pesakit,
“Treler tersebut dalam perjalanan dari Klang, Selangor menghala ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk menghantar barangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Naim berkata, pemandu ambulans hanya mengalami kecederaan ringan dan pemandu treler tidak cedera.
Sementara itu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk proses bedah siasat.
Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan saksi kejadian diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Mohd Faizan Ahmad @ Mohammed Razikin di talian 013-2087919 bagi membantu siasatan.