PRK Sg Bakap: 31.8% keluar mengundi setakat tengah hari

PRK Sg Bakap: 31.8% keluar mengundi setakat tengah hari

Kawasan DUN di Pulau Pinang itu mempunyai 39,151 pengundi.

undi sg bakap
Kesemua pusat undi PRK Sungai Bakap, Pulau Pinang, akan ditutup pada 6 petang nanti. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Setakat tengah hari tadi, sebanyak 31.8% pengundi Sungai Bakap keluar melaksanakan tanggungjawab pada PRK hari ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kawasan DUN di Pulau Pinang itu mempunyai 39,151 pengundi.

Pada 8 pagi tadi, sembilan pusat pengundian melibatkan 65 tempat mengundi atau saluran bagi dibuka serentak dan kesemuanya akan ditutup pada 6 petang.

Proses penjumlahan undi dijangka berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi, selepas pusat pengundian ditutup.

PRK ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) Joohari Ariffin dan calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail.

Pilihan raya diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.