
“Kita difahamkan ada penyelesaian antara Low dengan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat, tetapi itu urusan kedua-dua pihak.
“Tetapi, bila aset itu dikembalikan kepada DoJ, kita tahu ia membabitkan aset negara kita,” katanya pada sidang media sambil menegaskan tumpuan Malaysia ketika ini mendapatkan semula aset.
“Pentadbiran Dr Mahathir Mohamad (tumpuan) adalah penyelesaian global. Ketika pentadbiran Muhyiddin, tumpuan penyelesaian dengan Goldman Sachs. Keutamaan kita mendapatkan semula aset,” katanya
Pada Khamis, Pengerusi Pasukan Petugas Khas 1MDB Johari Ghani, berkata penyelesaian sulit DoJ dengan Low menjadi perkara berasingan dalam usaha kerajaan menangkap ahli perniagaan dalam buruan itu.
Perjanjian DoJ dengan Low bagi penyelesaian melucutkan hak aset 1MDB dikatakan ditandatangani oleh peguam keluarga dan pemegang amanah mereka, pada Jun.