
Menteri Perladangan dan Komoditi, Johari Abdul Ghani berkata cadangan itu akan dihantar kepada MoF sebelum pembentangan Belanjawan 2025.
“Kita buat satu purata dan melihat sama ada kos untuk mengeluarkan satu tan minyak sawit telah mencecah RM3,000. Jika harga pasaran CPO (minyak sawit mentah) tidak mencecah RM3,500, takkan kita nak panggil WPL?
“Sekarang kos dah meningkat. Sebelum bajet (cadangan diserahkan kepada MOF),” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Bukit Gantang di sini.
Khamis lepas, Johari dilaporkan berkata, harga minyak sawit akan menjadi tidak kompetitif berbanding negara pengeluar lain, jika WPL ke atas minyak sawit dalam negara tidak disemak semula.
Sebelum ini, KPK meneliti isu levi keuntungan luar biasa dibangkitkan penggiat industri, selain turut mengadakan perundingan dengan pihak berkaitan.
Kadar WPL 3% dikenakan terhadap harga minyak sawit melebihi RM3,000 satu tan di Semenanjung Malaysia dan melebihi RM3,500 satu tan di Sabah serta Sarawak.