PRK Nenggiri: Zahid dah terima senarai pendek calon

PRK Nenggiri: Zahid dah terima senarai pendek calon

Rundingan berhubung calon-calon itu juga diadakan bersama ketua bahagian Gua Musang, kata presiden Umno itu.

DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI
Presiden Umno Zahid Hamidi berkata, walaupun telah menerima senarai pendek nama calon bagi PRK Nenggiri, ia perlu dibincangkan dalam mesyuarat bahagian Gua Musang terlebih dahulu. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Presiden UMNO Zahid Hamidi mengesahkan sudah menerima senarai pendek nama calon parti itu pada PRK Nenggiri.

Zahid berkata, rundingan juga telah diadakan bersama Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Katanya, mengikut prosedur, nama-nama yang dicalonkan itu perlu dibawa ke mesyuarat bahagian terlebih dahulu.

“Walaupun senarai pendek itu telah sampai kepada saya, tradisi Umno Gua Musang akan bawa nama-nama itu dalam mesyuarat bahagian, dan akan diadakan pengundian dalaman dalam kalangan jawatankuasa bahagian.

“… (ia bagi) memilih calon mempunyai elemen WALI, (iaitu) boleh menang (winnable’), diterima (acceptable) dan disukai (likeable),” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Hari Anugerah Pendidik Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Hari pengundian PRK Nenggiri ditetapkan pada 17 Ogos ini manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing akan diadakan pada 3 dan 13 Ogos.

Sebelum ini, Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Abdullah mengesahkan kerusi berkenaan kosong berkuat kuasa 19 Jun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.