
“Perkara ini dibangkitkan kepada kami beberapa bulan lalu dan secara dasarnya kami bersetuju untuk kad ini diperkenalkan, namun tertakluk kepada beberapa peraturan sedang diperincikan.
“…kita sedang memperincikan beberapa peraturan berkaitan pengeluaran kad ini,” katanya menurut Harian Metro selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perkapalan dan Pelabuhan Kebangsaan di Putrajaya.
Menurut Agensi Pengangkutan Awam Darat, kad akreditasi itu hanya dikeluarkan kepada pemandu e-panggilan dan teksi ketika ini.
Sebelum ini, Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) Mohamad Ashfar Ali dilaporkan berkata pengeluaran kad akreditasi dapat membantu mengekang amalan buruk pemandu bas tidak bertanggungjawab.
Katanya kad itu dapat memastikan pemandu bas bertanggungjawab terhadap kesalahan dilakukan mereka, jika ada aduan dikemukakan.