
Katanya, jika sabit kesalahan, suspek boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-dua mengikut Perenggan 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015.
“JPV menasihatkan individu atau persatuan berkaitan haiwan menyalurkan terus aduan berhubung kebajikan haiwan kepada JPV menerusi awa.dvs.gov.my (MyAnimalWelfare) dan tidak mengambil sebarang tindakan sendiri yang boleh mengganggu siasatan,” katanya menurut Harian Metro.
Ia turut menafikan pernah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung keadaan semasa anjing itu seperti tular di media sosial dan memberi amaran keras kepada pihak menyebarkan maklumat tidak sahih.
DVS berkata, husky itu kini di bawah jagaannya.
Terdahulu, tular video menunjukkan seorang lelaki tidak berbaju menangkap dan memukul muka anjing berulang kali di sebuah kondominium di Kajang.
Penyelamat bebas, Shima Aris bersama sekumpulan penyelamat ke kondominium itu untuk menuntut lelaki terbabit menyerahkan anjing berkenaan, yang dilakukannya dengan rela hati.
DVS berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu pada 11.50 malam 1 Julai lalu dan melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian keesokannya.
“Hasil pemeriksaan mendapati husky berkenaan dibawa orang awam dari lokasi kejadian ke klinik haiwan swasta yang terletak di sekitar Kota Damansara.
“Seterusnya, DVS bertindak mengambil milik husky terbabit untuk tujuan siasatan dan pemeriksaan lanjut oleh pegawai veterinar.”