
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian 11.23 pagi tadi.
“Seramai 23 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA serta Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dari BBP Shah Alam serta JBPM Negeri Sembilan dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Terdapat 20 mangsa terdiri kakitangan Sepang Aircraft, kakitangan MAS Engineering Hangar dan kakitangan CAE dilaporkan mengalami pening kepala.
“Seramai enam mangsa dihantar ke Air Disaster Unit (ADU), manakala 13 lagi mangsa dibawa ke pusat kesihatan dan seorang mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, setakat ini pihaknya masih mengenal pasti bahan kimia yang bocor itu.