
Ketua Perangkawan Malaysia Mohd Uzir Mahidin berkata, ini diikuti Kuala Lumpur (15.9%), Johor (9.5%), Sarawak (9.1%), Pulau Pinang (7.4%) dan Sabah (5.3%)
“Enam negeri ini menyumbang 73.0% kepada ekonomi nasional pada 2023 berbanding 72.9% pada 2022,” katanya ketika sesi Pembentangan serta Soal Jawab Berkenaan Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) KDNK Mengikut Negeri 2023 hari ini.
“Pada 2023, ekonomi Malaysia berkembang sederhana sebanyak 3.6%, namun semua negeri mencatatkan pertumbuhan positif yang menggalakkan.”
Beliau berkata, bagi prestasi ekonomi mengikut negeri pada 2023, empat negeri mengatasi pertumbuhan pada peringkat nasional, iaitu Selangor yang berkembang 5.4%, Pahang (5.2%), Johor (4.1%) dan Kuala Lumpur (3.7%)