Wanita ditemui lemas dihanyut banjir di Penampang

Wanita ditemui lemas dihanyut banjir di Penampang

Polis berkata mayat wanita berusia 37 tahun itu ditemui pagi tadi selepas dilaporkan hanyut ketika meredah banjir.

banjir di penampang
Hujan lebat yang melanda dari petang hingga malam semalam menyebabkan beberapa kawasan di Penampang, Sabah dilanda banjir. (Gambar Facebook)
PENAMPANG:
Mayat seorang wanita yang dilaporkan dihanyut arus deras ketika meredah banjir ditemui berhampiran Jalan Penampang Bypass pagi tadi.

Ketua Polis Penampang Sammy Newton mengesahkan mayat wanita berusia 37 tahun itu dijumpai pada jam 8 pagi tadi.

“Maklumat lanjut akan diumumkan kemudian. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi mengenai perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, mayat wanita tersebut ditemui kira-kira 400m dari lokasi terakhir dia dilihat bersama suaminya malam tadi sebelum dihanyutkan arus banjir.

Sehingga pagi ini, seramai 112 mangsa banjir daripada 40 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Dewan Kebudayaan Penampang.

Banjir tersebut berlaku akibat hujan lebat yang melanda dari petang hingga malam semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.