Polis buka kertas siasatan perhimpunan lawan Anwar

Polis buka kertas siasatan perhimpunan lawan Anwar

Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Kira-kira 250 peserta perhimpunan berkumpul di luar Kompleks Seri Perdana meskipun Perbadanan Putrajaya selaku pemilik premis tidak memberi keizinan untuk berhimpun.
PETALING JAYA:
Polis membuka kertas siasatan perhimpunan Rakyat Lawan Anwar di luar Kompleks Seri Perdana, Putrajaya semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Perhimpunan tetap diadakan di tempat letak kereta awam di luar Kompleks Seri Perdana oleh penganjur walaupun telah dinasihatkan polis sebelum ini bahawa pemilik premis tidak memberi kebenaran penggunaan lokasi itu.

“Seramai 12 individu termasuk penganjur telah dikenal pasti untuk dipanggil bagi memberi keterangan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, kira-kira 250 peserta perhimpunan itu yang berpakaian serba hitam berhimpun di luar kediaman rasmi Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan menyerunya meletak jawatan.

Sebelum ini, polis berkata perhimpunan itu tidak mengikut undang-undang kerana gagal mendapat kebenaran pemilik tanah, Perbadanan Putrajaya seperti terkandung dalam Akta Perhimpunan Aman.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.