
Penolong Pengarah Operasi Bomba Pahang, Ismail Abdul Ghani, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 9.06 pagi.
Katanya, lapan anggota dari Balai Bomba Bentong bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak 26km.
“Terdapat kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Lamborghini yang telah terbabas dengan peratusan kebakaran kira-kira 100%.
“Seorang lelaki dewasa iaitu pemandu tersepit di dalam kereta, manakala satu perempuan dewasa iaitu penumpang kereta telah dikeluarkan dan dibawa ke hospital oleh orang awam,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau berkata, pemandu tersepit disahkan meninggal oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.