399 calon tak hadir SPM ‘dipujuk’ ambil semula peperiksaan

399 calon tak hadir SPM ‘dipujuk’ ambil semula peperiksaan

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata usaha itu hasil kerjasama sekolah dan ibu bapa.

Seramai 10,160 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak hadir mengambil peperiksaan itu tahun lalu. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Seramai 399 daripada 10,160 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak hadir tahun lalu berjaya ‘dipujuk’ supaya mengambil semula peperiksaan, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.

Wong berkata Kementerian Pendidikan (KPM) menjalankan usaha mengesan mereka hasil kerjasama sekolah dan ibu bapa dengan memberi galakan serta kesedaran.

“Kita berjaya tarik kembali 399 calon tak hadir untuk menduduki SPM tahun ini,” katanya menjawab soalan lisan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) berhubung langkah KPM untuk mengatasi isu ketidakhadiran calon SPM.

Beliau berkata mengikut statistik seramai 8,676 calon tidak hadir daripada sekolah KPM manakala 1,263 (calon persendirian), 221 (calon sekolah agama negeri, sekolah agama rakyat dan sekolah swasta).

Menurut Wong, kategori paling ramai membabitkan calon telah berhenti sekolah iaitu seramai 3,858 orang.

“Seramai 6,399 calon tidak hadir adalah dari bandar manakala 2,277 calon kategori luar bandar tidak menduduki peperiksaan itu.

“Puncanya di luar kawalan KPM seperti calon telah bekerja, masalah keluarga, kemalangan dan sakit” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.