RM900,000 melayang, jurujual terperdaya pelaburan ‘online’

RM900,000 melayang, jurujual terperdaya pelaburan ‘online’

Mangsa berusia 51 tahun sanggup memasukkan wang itu dalam dua akaun berbeza selepas berurusan dengan seorang wanita.

YUSRI HASSAN BASRI
Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri, berkata mangsa membuat laporan selepas tidak mendapat pulangan seperti dijanjikan. (Gambar Bernama)
IPOH:
Seorang jurujual kerugian RM904,000 selepas terperdaya pelaburan saham secara dalam talian menerusi laman Facebook sejak April lalu.

Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri, berkata pihaknya menerima laporan daripada lelaki berusia 51 tahun itu pada semalam.

“Siasatan awal mendapati mangsa melihat satu iklan pelaburan menerusi laman Facebook semasa berada di rumahnya pada 15 April lepas dan telah menekan pautan lalu terus berurusan menerusi aplikasi WhatsApp dengan seorang wanita.

“Mangsa telah memasukkan wang ke dalam dua akaun bank dua syarikat berlainan dengan jumlah keseluruhan RM904,000 pada 1 dan 12 Mei lepas, namun mangsa tidak mendapat pulangan seperti yang dijanjikan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mangsa membuat laporan polis selepas mengesyaki dirinya ditipu dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.