
Insiden itu menyebabkan air Sungai Mesilau yang mengalir ke Sungai Liwagu di Ranau bertukar menjadi berlumpur.
Kejadian itu dikatakan hampir sama seperti banjir lumpur selepas gempa bumi berskala 5.9 skala Richter berpusat di Gunung Kinabalu pada Jun 2015.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib, berkata pihaknya mendapat maklumat kejadian itu berdasarkan klip video yang tular di media sosial pagi tadi.
Katanya, mereka kemudiannya menggerakkan sepasukan bomba ke lokasi untuk menjalankan pemantauan.
“Pemantauan segera dijalankan berhampiran runtuhan bagi memastikan masyarakat di kawasan berhampiran selamat.
“Pemantauan turut dilakukan bersama dengan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya ketika dihubungi hari ini, menurut Berita Harian.
Bagaimanapun katanya, kejadian itu tidak melibatkan sebarang kerosakan harta benda.
Katanya, anggota bomba masih melakukan pemeriksaan berhampiran lokasi runtuhan.