KPM ajak orang ramai beri idea pelan pembangunan pendidikan

KPM ajak orang ramai beri idea pelan pembangunan pendidikan

Idea boleh disampaikan menerusi portal cadangan Masa Depan Pendidikan Malaysia 2026-2036.

sekolah rendah
Pelan pembangunan baharu dirancang untuk membentuk perancangan pendidikan masa depan yang komprehensif dan holistik.
PUTRAJAYA:
Orang ramai disaran menyumbang cadangan bagi menghasilkan pelan pembangunan pendidikan baharu yang telah bermula 14 Mei lepas hingga 31 Dis ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan pelan baharu itu bertujuan mengantikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang hampir sampai ke penghujung pelaksanaannya.

“Selaras dengan konsep whole of society approach, KPM mengalu-alukan cadangan daripada pelbagai pihak dalam bentuk memorandum atau kertas cadangan untuk membantu menghasilkan pelan pendidikan masa depan yang komprehensif dan holistik,” menurut KPM dalam kenyataan.

Bagi tujuan itu, KPM memaklumkan portal cadangan Masa Depan Pendidikan Malaysia 2026-2036 telah dibangunkan bertujuan memudahkan pengumpulan maklumat, cadangan dan idea daripada seluruh masyarakat berkaitan hala tuju pendidikan negara.

Portal Cadangan Masa Depan Pendidikan Malaysia 2026-2036 boleh diakses melalui pautan https://www.moe.gov.my/pelanpendidikan2026/public.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.