
Perintah reman terhadap suspek berusia 23 hingga 37 tahun itu dikeluarkan Majistret Adilah Mokhtar di Mahkamah Majistret Ipoh.
Berita Harian melaporkan, ia bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan parah dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu kerana merusuh.
Terdahulu, tiga lelaki warga tempatan parah diserang kira-kira 20 individu bertopeng yang bersenjatakan parang serta kayu pada kejadian 11.03 pagi semalam.
Dalam kejadian itu, pergelangan tangan manusia ditemui di lokasi pergaduhan oleh anggota bomba yang memadamkan kebakaran sebuah kereta.
Ketua Polis Ipoh Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dipetik berkata, pergaduhan dipercayai berpunca akibat perebutan kawasan pengedaran dadah.