Tekong bot nelayan hilang ditemui lemas

Tekong bot nelayan hilang ditemui lemas

Tiga lagi mangsa belum ditemui selepas bot dinaiki terbalik Jumaat lalu.

Mayat Chia Kah Chong, 51, diserah kepada polis dan dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat. (Gambar APMM)
BATU PAHAT:
Tekong bot nelayan dilaporkan hilang selepas bot dinaiki bersama empat yang lain terbalik kira-kira 6.8 batu nautika barat daya Tanjung Segenting, Jumaat lalu ditemukan lemas pada 7 malam semalam.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Mohd Haniff Mohd Yunus, berkata mayat Chia Kah Chong, 51, ditemukan nelayan lain yang kebetulan lalu berhampiran lokasi bot dilaporkan terbalik.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat sebelum diserah kepada polis dan dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat.

Katanya, tiga lagi mangsa iaitu Lee Pong Ling, 68; Tan Hai Lian, 62, dan Raud Darus@Hamid, 53, masih belum dijumpai.

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, bot dinaiki kelima-lima mangsa dipercayai terbalik selepas dilanda ombak kuat akibat cuaca buruk.

Bagaimanapun seorang mangsa Tan Siak Bin, 43, terselamat dalam kejadian itu selepas ditemui nelayan lain yang melalui tempat kejadian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.