
Pengarah Zon Maritim Batu Pahat Mohd Haniff bin Mohd Yunus, berkata bot berkenaan dipercayai karam sekitar 6 pagi, di kedudukan 6.8 batu nautika barat daya Tanjung Segenting.
Justeru, katanya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat mengesan mangsa berusia antara 43 hingga 62 tahun.
Menurut BuletinTV3, mangsa terselamat, Tan Siak Bin, 43, diselamatkan bot nelayan yang berada berhampiran dan diserahkan kepada Bot Penggalang 30 untuk dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat bagi mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail.
Selain aset APMM, Pasukan Polis Marin, bomba, serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) turut terlibat dalam operasi, hari ini.
Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat atau penemuan boleh menghubungi talian hotline, Pusat Operasi Zon Maritim Batu Pahat di talian 07-4344020 atau melalui talian bantuan kecemasan, MERS 999.