
Times of India yang memetik pegawai lapangan terbang Hyderabad sebagai berkata pesawat penerbangan MH199 berlepas pada 12.45 pagi tadi tetapi terpaksa berpatah balik untuk melakukan pendaratan cemas.
Difahamkan, pesawat itu mengalami masalah enjin yang menyebabkan berlakunya percikan api.
Sementara itu, Malaysia Airlines dalam satu kenyataan mengesahkan penerbangan MH199 dari Hyderabad ke Kuala Lumpur itu berpatah balik akibat masalah pada salah satu enjin ketika mendaki selepas berlepas.
Katanya, pesawat itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi pada jam 3.21 pagi waktu tempatan dan semua kru dan penumpang keluar dengan selamat.
“Semua penumpang dipindahkan ke penerbangan lain untuk meneruskan perjalanan mereka. Keselamatan tetap menjadi keutamaan Malaysia Airlines,” katanya.
Menurut kenyataan itu, pesawat itu kini sedang menjalani pemeriksaan lanjut.