Disyaki salah guna kuasa dapatkan RM40,000, pembantu tadbir ditahan

Disyaki salah guna kuasa dapatkan RM40,000, pembantu tadbir ditahan

Wanita berusia lingkungan 50 tahun berkhidmat di sebuah sekolah ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Tawau.

macc
Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy mengesahkan penahanan dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.
PETALING JAYA:
Seorang penjawat awam ditahan selepas disyaki menyalahguna kuasa bagi mendapatkan dua perolehan khidmat sewa mesin fotostat dan kerja pemasangan sinki serta perpaipan bernilai kira-kira RM40,000.

Wanita berusia lingkungan 50 tahun yang berkhidmat di sebuah sekolah ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tawau.

Dia akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Tawau untuk tindakan lanjut.

Sumber berkata, suspek disyaki menggunakan jawatannya sebagai pembantu tadbir sekolah pada 2020 untuk mendapatkan suapan, dengan mempelawa sebuah syarikat bagi perkhidmatan penyewaan mesin fotostat dan ‘copyprinter’ yang bernilai kira-kira RM20,000, sedangkan kerja itu dilakukan oleh suspek sendiri.

“Pada tahun sama, suspek juga disyaki menggunakan jawatannya untuk memilih syarikat yang ada kepentingan dengan suaminya untuk kerja pemasangan sinki, perpaipan dan lain-lain yang juga bernilai kira-kira RM20,000,” katanya menurut Harian Metro.

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.