Makan tengah hari bersama putera Saudi lambang hubungan erat, kata Ismail

Makan tengah hari bersama putera Saudi lambang hubungan erat, kata Ismail

Bekas perdana menteri antara pemimpin daripada pelbagai negara yang dijemput ke istana di Mina.

Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob bersalam dengan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman ketika menghadiri majlis makan tengah hari di istana baginda di Mina semalam. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob dijemput untuk makan tengah hari bersama Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman di istana baginda di Mina, semalam.

Ismail dalam hantaran di Facebook memaklumkan, pemimpin pelbagai negara yang menunaikan ibadat haji juga menerima jemputan Salman yang juga perdana menteri Arab Saudi.

Katanya, Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul turut dijemput hadir ke majlis itu.

“Terima kasih kepada Putera Mahkota Mohammed Salman di atas jemputan ini.

“Ianya melambangkan hubungan persaudaraan yang erat antara Malaysia dan Arab Saudi,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.