
Menterinya, Fahmi Fadzil yakin pelantikan duta itu dalam kakitangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hanya membabitkan isu berkaitan kementerian berkenaan.
“Saya belum berkesempatan mendapat taklimat penuh daripada KPKT mengenai usaha itu, namun saya tidak lihat semestinya mereka akan masuk dalam bidang pihak lain.
“Semestinya kita inginkan penyelarasan dari segi maklumat yang disampaikan. Insya Allah saya akan meneliti perkara ini bersama menteri KPKT,” katanya selepas Program “Korban Perdana Lembah Pantai” dekat Perpustakaan 1 Wilayah Lembah Pantai.
Khamis lalu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming memgumumkan penubuhan pasukan “duta online” yang dilantik daripada kalangan 200 kakitangan kementeriannya untuk menyebarkan maklumat dan dan menangkis fitnah di alam maya.
Tetapi, bekas ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Puad Zarkashi semalam berkata, pelantikan “duta online” akan menyebabkan jentera media sosial kerajaan bertindih dan “cacamarba”.
Ini kerana, katanya, kerajaan sudah mempunyai beberapa entiti dengan fungsi serupa, seperti Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) dan Komuniti Madani di bawah Kementerian Komunikasi.
J-Kom adalah penjenamaan semula Jasa, untuk menyampaikan maklumat kerajaan yang tepat dan sahih kepada rakyat, selain mendapatkan maklum balas.