2 maut kereta terbabas rempuh pokok

2 maut kereta terbabas rempuh pokok

Pemandu kereta, Samsul Bahri Awang Noh, 50, dan penumpang yang juga anak saudaranya, Nik Muhammad Syahidan Rosli, 20, disahkan meninggal di lokasi kejadian.

Keadaan kereta mangsa yang remuk teruk selepas terbabas dan merempuh pokok dalam kejadian di Kuala Terengganu, awal pagi tadi. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Dua maut selepas kereta dinaiki terbabas dan merempuh sebatang pokok dalam kejadian di Kampung Mengabang Panjang, Kuala Terengganu, awal pagi tadi.

Pemandu kereta Volkswagen, Samsul Bahri Awang Noh, 50, dan penumpang yang juga anak saudaranya, Nik Muhammad Syahidan Rosli, 20, disahkan meninggal dunia di lokasi dalam kejadian 2.20 pagi tadi, menurut Berita Harian.

Ketua Polis Kuala Terengganu, Azli Mohd Noor, berkata siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari arah Batu Rakit menghala ke rumah di Jerteh, Besut.

Katanya, kenderaan mereka kemudiannya dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan melanggar sebatang pokok serta besi enjin air di bahu jalan sebelah kanan.

“Akibat pelanggaran berkenaan, besi enjin air berkenaan terpelanting dan terkena kereta Proton Iriz yang diparkir di dalam garaj.

“Pemandu dan penumpang meninggal dunia di lokasi kejadian dan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.