
Ketua Polis Seremban Mohamad Hatta Che Din berkata, lelaki berusia 45 tahun itu berurusan dengan seseorang yang tidak dikenali menerusi WhatsApp dan melakukan transaksi sejak 29 April hingga 28 Mei lepas.
“Mangsa membuat 16 transaksi menggunakan wang milik sendiri dan syarikat dalam pelaburan tersebut,” katanya menambah, mangsa membuat laporan semalam, lapor Bernama.
Kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Mohamad Hatta berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Seremban membuka 55 kertas siasatan membabitkan kerugian RM4.38 juta bagi tempoh Januari hingga 11 Jun membabitkan modus operandi yang sama.
Bagi tempoh itu, katanya, 23 individu dituduh di mahkamah bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955.
Beliau menasihatkan orang ramai agar supaya tidak mudah percaya dengan tawaran pelaburan dalam talian.
Untuk nasihat dan maklumat lanjut, orang ramai boleh boleh menghubungi CCID Scam Response Centre di talian 03-26101559 atau 03-26101599.