
Lesen perkhidmatan udara syarikat itu, yang membenarkannya mengangkut penumpang dan kargo, luput 29 Feb lalu.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang menggantung sijil pengendali udara (AOC) syarikat itu pada 12 Mac lalu, berkata SAS perlu memperbaharui permit perkhidmatan udaranya.
CAAM berkata, jika SAS gagal meneruskan operasinya pada Rabu ini, AOC yang dikeluarkan pada 2021 akan dibatalkan.
Sumber dalam industri berkata, syarikat itu perlu menyerahkan permohonannya semula, dalam proses yang akan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga bulan.
Minggu lalu, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) berkata, ia sedang menunggu SAS menyerahkan permohonannya untuk permit perkhidmatan udaranya.
Sabtu lalu, FMT melaporkan permit itu tidak diperbaharui Mavcom kerana ia dibelenggu masalah tidak membayar gaji kakitangan, caruman KWSP serta potongan cukai “mencecah jutaan ringgit”.
FMT sudah menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif SAS, Ida Adora Ismail, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk pengesahan dakwaan itu.