
Setiausaha akhbar Sanusi, Muhamad Mat Yakim dalam catatan Facebook berkata, pelbagai perkara dibincangkan ke arah merealisasikan projek itu, antara komponen Kedah Aerotropolis dan bandar teknologi di Kuala Muda.
Tiada maklumat lanjut mengenai mesyuarat yang diadakan sehari selepas Malaysia Airport Holdings Bhd memeterai perjanjian membuka laluan baharu kargo udara antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Zhengzhou, ibu kota wilayah Henan.
Syarikat itu kini menguruskan Lapangan Terbang Zhengzhou, antara hab kargo udara terbesar di China dan terminal kargo udara di Budapest serta Leipzig. Ia turut bercadang berkembang di Asia, khasnya Malaysia.
Bulan lalu, Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook memberitahu Dewan Rakyat, dua kajian kebolehlaksanaan KXP dikemukakan dan akan dikaji perunding yang merangka pelan strategik lapangan terbang negara.
Mac lalu, Sanusi dilaporkan berkata, Kedah memerlukan kelulusan Kementerian Pengangkutan sebelum boleh meneruskan kerja pengambilan tanah untuk projek KXP.