
Setiausaha Agung Zambry Abd Kadir berkata komitmen itu turut dinyatakan Presiden MCA Wee Ka Siong.
“Saya ucapkan terima kasih kepada semangat BN yang ditunjukkan oleh semua komponen. Presiden MCA dan kepimpinan MCA yang lain telah beri komitmen untuk bantu calon di Sungai Bakap. Kami akan bergerak sebagai satu pasukan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Konvensyen BN Johor 2024 dan Sambutan Ulangtahun Jubli Emas BN di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras BN Johor Onn Hafiz Ghazi, Wee yang juga pengerusi MCA Johor, dan pengerusi MIC Johor R Vidyananthan.
Sementara itu, Wee berkata situasi di PRK Sungai Bakap berbeza dengan PRK di Kuala Kubu Baharu dan MCA bersedia untuk membantu kempen kali ini.
Kerusi DUN Sungai Bakap kosong berikutan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff daripada PAS pada 24 Mei lepas berikutan mengalami keradangan dalam perut.
Pada PRN Pulau Pinang Ogos tahun lepas, Nor Zamri menewaskan calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Rose, dengan majoriti 1,563 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 6 Julai depan sebagai hari mengundi dan 22 Jun hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 2 Julai.