
Langkah demikian meletakkan Maxis dalam landasan melengkapkan proses SSA awal dan mengambil bahagian dalam pelaksanaan rangkaian 5G kedua, mendahului tempoh masa yang diumumkan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pada 2 Jun.
“Maxis menyokong dan komited sepenuhnya terhadap implementasi pantas model dwirangkaian 5G pihak kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Syarikat telco itu berharap dapat memainkan peranan penting dalam memacu agenda digital Malaysia sebagai salah satu peserta utama dan aktif dalam fasa akan datang pelaksanaan 5G negara, termasuk mempromosikan penerimagunaan dan inovasi 5G dan 5G-Advanced (5.5G) dalam kalangan pengguna, perniagaan dan sektor kerajaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Goh Seow Eng berkata, Maxis mahu proses SSA dimuktamadkan awal kerana langkah in akan mengukuhkan kepastian dalam pelaksanaan dwirangkaian 5G negara.
“Penyempurnaan proses SSA adalah satu langkah yang diperlukan dan pragmatik untuk memulakan peralihan ke dwirangkaian 5G,” katanya.
“Maxis bersedia sepenuhnya untuk mula membina rangkaian 5G kedua segera bagi mempercepatkan rancangan 5G negara dan membawa manfaat ekonomi kepada rakyat Malaysia pada kadar lebih pantas,” katanya.