2 lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Makkah

2 lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Makkah

Ghazali Ahmad, 71, dari Kedah, dan Normadiah Mat Ali, 53, dari Terengganu, meninggal dunia awal minggu ini.

mekah-mecca
Setakat ini, empat jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Makkah pada musim haji semasa. (Gambar Reuters)
MAKKAH:
Dua lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci pada Isnin dan Selasa lepas, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini empat orang.

Ketua Rombongan Haji Malaysia 1445H/2024 Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, Ghazali Ahmad, 71, dari Alor Setar, Kedah, meninggal dunia disebabkan kegagalan buah pinggang dan pembuluh darah di perut tersumbat.

“(Seorang lagi jemaah meninggal dunia ialah) Normadiah Mat Ali, 53, dari Jertih, Terengganu, disebabkan kegagalan fungsi organ ekoran jangkitan kuman pada paru-paru,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini.

Syed Saleh berkata, kedua-dua jemaah menerima rawatan selama beberapa hari di Pusat Rawatan TH di Makkah sebelum dihantar ke hospital Arab Saudi.

Mereka bagaimanapun meninggal dunia ketika dirawat, tambahnya.

Jenazah kedua-dua jemaah itu disembahyangkan di Masjidil Haram sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Syuhada Al-Haram dan Tanah Perkhuburan Syaraiee.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.