Polis siasat dakwaan anggota ambil RM20,000 suspek

Polis siasat dakwaan anggota ambil RM20,000 suspek

Siasatan itu menyusul laporan polis dibuat lelaki 50-an pada Ahad lalu mendakwa wang anaknya diambil anggota polis yang menahan suspek.

Hussein Omar Khan
Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan dijalankan bersama kes suspek mendakwa dipukul anggota polis sama ketika dalam tahanan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kertas Enkuiri Polis (KEP) dibuka bagi menyiasat dakwaan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD d sini mengambil wang RM20,000 milik suspek ditahan.

Siasatan itu menyusul laporan polis dibuat lelaki 50-an di IPD Sepang Ahad lalu mendakwa wang anaknya diambil anggota polis yang menahan suspek.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan dijalankan bersama kes suspek mendakwa dipukul anggota polis sama ketika dalam tahanan.

“Polis Selangor sudah membuka KEP untuk siasatan,” katanya kepada Harian Metro.

Semalam, akhbar itu melaporkan polis mengesahkan menerima laporan seorang lelaki mendakwa anaknya dipukul anggota polis narkotik IPD di sini ketika ditahan.

Suspek lelaki 20-an itu sudah dituduh di mahkamah atas kesalahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 pada 17 Mei lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.