
Di samping itu, rebat sedia ada iaitu RM20 bagi isi rumah lapan individu atau lebih, dengan pendapatan bulanan RM2,250 dan ke bawah, diluaskan kepada isi rumah berpendapatan sehingga RM5,000 dan ke bawah.
Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Zairil Khir Johari ketika mengumumkan inisiatif ini berkata, pengguna dalam band pertama hanya perlu membayar RM6.20 untuk dua bulan, berbanding RM12.40.
Manakala pengguna dalam band kedua yang dibil RM30 contohnya hanya perlu membayar RM RM23.80 untuk dua bulan, katanya.
Dalam kadar baharu yang diumumkan awal tahun ini, kadar air domestik ditetapkan pada 62 sen untuk 20 meter padu pertama (naik 182% daripada 22 sen), RM1.17 untuk band kedua (20 meter padu ke atas hingga 35 meter padu (naik 154% daripada 46 sen), dan RM2.07 untuk band ketiga (melebihi 35 meter padu).
Kadar untuk band pertama tidak dikaji semula selama 31 tahun manakala kadar untuk band lain tidk disemak sejak sembilan tahun lepas.