Lelaki larikan kereta di stesen minyak ditahan

Lelaki larikan kereta di stesen minyak ditahan

Polis berkata, pihaknya turut menemui kereta dicuri itu.

rampok
Tangkap layar rakaman CCTV menunjukkan kereta dinaiki mangsa dilarikan seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Semambu, Pahang, kelmarin.
PETALING JAYA:
Lelaki yang melarikan sebuah Honda City di stesen minyak Semambu, Kuantan ditahan di Bentong.

Ketika mengesahkan penahanan itu, Ketua Polis Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya juga menemui kereta dicuri berkenaan.

“Ya, suspek telah ditahan di Bentong, kereta itu sudah ditemui,” katanya menurut Berita Harian.

Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman dijadual mengadakan sidang media berhubung kes itu di IPD Bentong hari ini.

Dalam kejadian 3.10 petang kelmarin, seorang pesara guru wanita melalui detik cemas apabila dilarikan seorang lelaki tidak dikenali menggunakan kereta anaknya.

Napisah Muhammad, 68, dilarikan kira-kira 400m dari stesen minyak itu sebelum diturunkan dalam keadaan selamat.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa bersama suaminya, Mohamed Halim Omar, 77, dan anak perempuan mereka juga akauntan, berhenti di stesen itu untuk mengisi minyak serta ke tandas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.