Waspada mesej jemputan kahwin digital fail APK

Waspada mesej jemputan kahwin digital fail APK

Polis berkata ia antara taktik dikesan sejak tahun lalu untuk mencuri data dan butiran kewangan mangsa selepas fail aplikasi dimuat turun ke dalam telefon pintar.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Ramli Mohamed Yoosuf berkata penggodaman telefon pintar ialah modus operandi sering digunakan penjenayah untuk mencuri data dan mengakses maklumat kewangan.
KUALA LUMPUR:
Orang ramai diminta berwaspada dan tidak memuat turun sebarang fail aplikasi (APK) ke telefon pintar yang diterima melalui mesej dan e-mel, serta hanya berbuat demikian melalui platform yang selamat seperti Google Play dan App Store.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Ramli Mohamed Yoosuf, berkata hal ini kerana penggodaman telefon pintar ialah modus operandi yang sering digunakan penjenayah untuk tujuan mencuri data dan mengakses maklumat kewangan.

Beliau berkata antara taktik yang dikesan masih digunakan sejak pertengahan 2023 ialah penyebaran mesej jemputan perkahwinan melalui APK yang ditanam ‘perisian hasad’ atau malware bagi mencuri data dan mendapatkan butiran kewangan mangsa.

“Hasil siasatan polis, mesej jemputan perkahwinan terbabit biasanya akan dihantar oleh penjenayah yang menyamar sebagai kenalan mangsa, sekiranya mangsa memuat turun dan memasang aplikasi itu, penjenayah akan memperoleh akses penuh terhadap telefon mangsa tanpa disedari,” katanya dalam kenyataan semalam.

Ramli berkata akses ini akan membolehkan penjenayah mencuri data milik mangsa malahan boleh mengakibatkan mangsa mengalami kerugian wang ringgit.

“PDRM percaya taktik itu menyasarkan mangsa dalam kalangan individu yang kurang pengetahuan berkaitan teknologi,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.