Rakam wanita dalam tandas, lelaki Indonesia direman 4 hari

Rakam wanita dalam tandas, lelaki Indonesia direman 4 hari

Suspek lelaki berusia 27 tahun itu dipercayai merakam menggunakan telefon bimbit menerusi lubang di dinding tandas.

Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine, kata Ketua Polis Melaka Zainol Samah. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang warga Indonesia direman empat hari sejak semalam berhubung kes seorang wanita dirakam menggunakan telefon bimbit di dalam tandas pada Ahad lepas.

Ketua Polis Melaka Zainol Samah berkata, dalam kejadian kira-kira 4.15 petang itu, seorang wanita berusia 24 tahun menyedari dirinya dirakam ketika menggunakan tandas di sebuah kedai biskut di Lorong Hang Jebat.

Menurutnya, suspek merakam wanita itu menggunakan telefon bimbit menerusi lubang di bahagian dinding kiri tandas tersebut.

Zainol berkata, suspek lelaki berusia 27 tahun itu bertugas sebagai pekerja pembersihan di kedai tersebut sejak setahun lepas.

“Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya, lapor Bernama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.