
“Permohonan baharu dapat pagi ini. Permohonan seperti itu biasanya tidak mengambil masa lama. Perkeso akan prosesnya dalam beberapa hari lagi,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan penajaan insurans Grab kepada lebih 180,000 pemandu e-panggilan dan p-panggilan.
Sebelum ini, dilaporkan pemandu e-hailing pekak dan bisu diserang pengiring kenamaan, ketika menunggu mengambil penumpang di sebuah hotel, di Kuala Lumpur.
Pada Rabu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Shuhaily Zain, berkata polis menyiasat pengiring terbabit kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja.
Dalam pada itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri, berkata pihaknya sedang melihat kaedah membantu pemandu tersebut.
Katanya, pemandu itu tidak memohon bantuan kewangan, lapor The Borneo Post.
“Namun, kami ingin tahu apa masalah sebenar,” katanya.
Katanya, semua maklumat tersedia berkait insiden berkenaan hanya didapati daripada laporan berita.
Sementara itu, Sim berkata Perkeso menyaksikan pertambahan hampir 50% majikan mendaftar pekerja mereka dengan agensi itu, sejak beliau mengumumkan lanjutan tarikh sehingga 30 Jun.
“Saya rasa ini petanda baik. Saya harap lebih ramai majikan tampil ke depan dan mendaftar pekerja mereka dan membayar caruman sebelum 30 Jun,” katanya.
Beliau berkata, tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap majikan ingkar selepas tarikh akhir, termasuk denda sehingga RM10,000, atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.
Tarikh mendaftar pekerja bawah Perkeso sebelum ini berlangsung dua minggu bermula 15 hingga 31 Mei dengan agensi itu mengumumkan pelancaran Ops Kesan bulan ini bagi mengenal pasti majikan yang tidak mendaftar pekerja mereka.
Gagal patuh kepada arahan itu boleh mengakibatkan denda sehingga RM5,000 dan 6% faedah tahunan terhadap pembayaran lewat bagi setiap hari caruman tertunggak.