
PUTRAJAYA: Pengguna kenderaan elektrik (EV) akan dikenakan fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) ditetap berdasarkan kuasa motor elektrik mulai 1 Jan 2026, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.
Loke berkata kadar itu hanya terpakai kepada Kenderaan Sifar Emisi (ZEV) dalam kategori kenderaan elektrik bateri (BEV) dan kenderaan elektrik sel bahan api (FCEV) sahaja.
“Secara purata, kadar fi LKM baharu adalah 85% lebih rendah berbanding kadar untuk kenderaan berenjin ,” katanya pada sidang media di Kementerian Pengangkutan.
BERITA LANJUT MENYUSUL