
Ketua Polis Negara, Razaruddin Husain berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut ke atas ibu bapa kanak-kanak itu yang ditahan di sekitar Puncak Alam Jumaat lepas.
Selain ibu bapa kanak-kanak enam tahun itu, katanya, tiada tangkapan baharu dan polis masih mencari petunjuk lain bagi membantu siasatan.
“(Ibu bapa mangsa) masih direman tujuh hari, bagi (masa) polis Selangor untuk siasat. Buat masa ini, itu saja dan kita akan terus siasat,” katanya pada Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Kuda Lasak (Terbuka) Piala Ketua Polis Negara 2024 di Terengganu International Endurance Park Lembah Bidong.
Zayn Rayyan dilaporkan hilang pada 5 Dis 2023 di Damansara Damai, sebelum ditemui meninggal dunia dekat aliran anak sungai kira-kira 200m dari blok rumahnya di Apartment Idaman keesokannya.
Hasil bedah siasat menemui kesan kecederaan pada leher dan badan mangsa akibat mempertahankan diri.