KKR mohon tambahan RM1 billion senggara ‘redline’ Pan-Borneo

KKR mohon tambahan RM1 billion senggara ‘redline’ Pan-Borneo

Laluan asal sedia ada yang dibina sebelum LPB perlu dinaik taraf mengikut standard LPB, kata Alexander Nanta Linggi.

Pada April, Alexander Nanta Linggi berkata, jajaran ‘redline’ di Kuching, Serian, Sibu, Bintulu, Julau dan Miri, akan direka bentuk semula dan dinaik taraf agar mengikut standard projek LPB. (Gambar Bernama)
KUCHING:
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memohon peruntukan sekitar RM1 bilion bagi menyelenggara laluan ‘redline’ melibatkan projek Lebuh Raya Pan Borneo (LPB), kata Alexander Nanta Linggi.

Menteri kerja raya itu berkata, ‘redline’, iaitu laluan asal sedia ada yang dibina sebelum LPB, perlu dinaik taraf agar mengikut standard projek mega berkenaan.

“’Redline’ ini memang perlu kita sempurnakan, lebih kurang 140km … Tapi sudah sekian lama (‘redline’) tidak dibina sebagai LPB, sekarang (jalannya) sudah rosak jadi perlu kita sempurnakan ikut standard LPB.

“KKR tengah berusaha bagaimana nak mohon kewangan untuk kita bina semula ‘redline’ itu,” katanya kepada pemberita di Rumah Terbuka Gawai di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Pada April, Nanta berkata, jajaran ‘redline’ melibatkan jalan persekutuan dan jalan negeri di Kuching, Serian, Sibu, Bintulu, Julau dan Miri, akan direka bentuk semula dan dinaik taraf agar mengikut standard projek LPB.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.