
Mangsa korban ialah seorang lelaki 28 tahun, Chu Wei Yean dan dua wanita, Aw Siew Chern, 35, serta Chu Wan Rou, 31.
Timbalan Ketua Polis Johor Bahru Utara, Yusof Othman berkata, siasatan mendapati Toyota Alphard dipandu wanita 31 tahun itu dari Bukit Indah menghala Johor Bahru hilang kawalan, sebelum terbabas ke bahu kiri jalan.
Katanya, semua mangsa terperangkap di tempat duduk MPV itu yang terjunam ke parit sedalam kira-kira 3m kerana baru lepas hujan pada 8.11 pagi tadi.
“Akibatnya, pemandu bersama penumpang lelaki yang merupakan adiknya dan seorang rakan wanita maut di tempat kejadian kerana kecederaan dalaman,” katanya menurut Sinar Harian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau meminta orang ramai mempunyai maklumat berkaitan menghubungi pegawai penyiasat Muhammad Hafiz Aminuddin di talian 011-35807871.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Haizrul Rahmad berkata, 12 anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dikejarkan ke tempat kejadian.