Terbuka Singapura: Tiada wakil Malaysia ke separuh akhir

Terbuka Singapura: Tiada wakil Malaysia ke separuh akhir

Semua wakil negara tersingkir di suku akhir hari ini.

Beregu campuran negara Chen Tan Jie-Toh Ee Wei yang pertama terkandas apabila ditumpaskan pilihan keempat kejohanan dari Korea Selatan, Seo Seung Jae-Chae Yu Jung di Stadium Tertutup Singapura hari ini. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Tiada wakil Malaysia mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2024 apabila kesemua wakil negara tersingkir di suku akhir hari ini.

Ia selepas beregu campuran negara Chen Tan Jie-Toh Ee Wei yang pertama terkandas apabila ditumpaskan pilihan keempat kejohanan dari Korea Selatan, Seo Seung Jae-Chae Yu Jung 14-21, 18-21 pada aksi di Stadium Tertutup Singapura hari ini.

Turut menerima nasib sama beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani yang disingkirkan gandingan China He Ji Ting-Ren Xiang Yu 16-21, 21-19, 17-21 dalam satu lagi aksi suku akhir.

Pemain perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao turut kempunan untuk mara ke separuh akhir selepas dibelasah pemain nombor satu dunia Viktor Axelsen 11-21, 12-21.

Turut menambah duka skuad Malaysia ialah apabila beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik ditewaskan dengan mudah pasangan Denmark Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 10-21, 14-21.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.