Perkhidmatan MRT laluan Putrajaya alami gangguan

Perkhidmatan MRT laluan Putrajaya alami gangguan

Rapid Rail Sdn Bhd menerusi kenyataan memaklumkan, gangguan itu disebabkan masalah sistem komunikasi.

Menurut Rapid Rail Sdn Bhd, pihaknya mengaktifkan perkhidmatan tren perantara dari Stesen Kwasa Damansara hingga ke Stesen Chan Sow Lin dan bas perantara dari Stesen Chan Sow Lin ke Stesen Putrajaya Sentral. (Gambar X)
PETALING JAYA:
Perkhidmatan MRT laluan Putrajaya dilaporkan sedang mengalami gangguan perjalanan akibat masalah sistem komunikasi.

Rapid Rail Sdn Bhd menerusi kenyataan memaklumkan, susulan itu pihaknya telah mengaktifkan perkhidmatan tren dan bas perantara.

“Tren perantara melibatkan Stesen Kwasa Damansara hingga ke Stesen Chan Sow Lin sementara bas perantara disediakan dari Stesen Chan Sow Lin hingga ke Stesen Putrajaya Sentral.

“Jurutera Rapid Rail sedang mengenal pasti punca gangguan tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, pengguna yang ingin membatalkan perjalanan boleh mendapatkan kupon perjalanan sehala di kaunter khidmat pelanggan dan perlu digunakan dalam masa lima hari bermula hari ini.

“Rapid Rail memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi oleh penumpang,”katanya

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.