
Kementerian Pengangkutan mengumumkan menterinya, Loke Siew Fook, menandatangani warta itu yang bertujuan menggalakkan pelaburan dalam prasarana teknologi internet.
“Sejak 2020, syarikat teknologi Malaysia dan antarabangsa menyuarakan keperluan agar kerajaan mewujudkan rangka kawal selia progresif yang boleh menggalakkan lebih banyak pelaburan dalam sektor teknologi.
“Kerajaan komited dalam memacu pembangunan infrastruktur digital negara,” kata Loke, menurut kenyataan.
Pada 1 Mac lalu dilaporkan kerajaan bersetuju melaksanakan pengecualian berkenaan susulan pelbagai sesi libat urus dengan syarikat-syarikat gergasi teknologi maklumat antarabangsa, sepanjang tempoh beberapa bulan sebelum itu.
Loke ketika itu berkata, keputusan itu diambil bertujuan menarik lebih banyak pelaburan asing dalam industri pusat data dan merancakkan pertumbuhan ekonomi digital.
Sementara itu, kementerian mengumumkan Loke membatalkan pengecualian kabotaj bagi semua kapal yang mengangkut kargo dari mana-mana pelabuhan di Sarawak ke mana-mana pelabuhan di Semenanjung, Labuan, dan Sabah, dan sebaliknya.
Menurutnya, langkah ini atas permintaan kerajaan Sarawak.