DBKL sedia 4 kontraktor senggara pokok di setiap kawasan Parlimen

DBKL sedia 4 kontraktor senggara pokok di setiap kawasan Parlimen

Perkara ini dimaklumkan oleh Fahmi Fadzil selepas pertemuan bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur Kamarulzaman Mat Salleh.

pokok jalan
DBKL turut berhasrat menyahut seruan perdana menteri untuk menanam 100 pokok bagi setiap pokok yang ditebang. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyediakan empat kontraktor bagi setiap kawasan Parlimen untuk kerja-kerja penyenggaraan pokok.

Perkara itu dikongsikan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dalam hantaran X hari ini selepas pertemuan bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur Kamarulzaman Mat Salleh.

“Selepas melawat warga Lembah Pantai yang terjejas akibat ribut baru-baru ini, saya bertemu Kamarulzaman di Menara DBKL semalam,” katanya.

“Kami bincang isu perubahan iklim dan peranan Jabatan Pembangunan Landskap Dan Rekreasi DBKL dalam memastikan penyenggaraan pokok di Kuala Lumpur dapat dilaksanakan dengan baik.”

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, DBKL turut berhasrat menyahut seruan perdana menteri untuk menanam 100 pokok bagi setiap pokok yang ditebang, selaras dengan usaha menghijaukan bandaraya dan Malaysia secara amnya.

Minggu lepas, beberapa kawasan di Kuala Lumpur, khususnya sekitar Lembah Pantai dan Bangsar, dilanda hujan lebat serta angin kencang sehingga mengakibatkan kejadian pokok tumbang dan bumbung bangunan terbang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.