
Khaled berkata laporan penuh siasatan nahas di Lumut, Perak itu sedang dilengkapkan.
“Tidak lama lagi akan kita keluarkan. Mungkin akhir minggu depan. Ia sedang dimuktamadkan,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia dan Sijil Perhebat di Kompleks Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera, Kem Sungai Buloh.
Media sebelum ini melaporkan Jemaah Menteri berbincang secara mendalam mengenai insiden nahas helikopter di pangkalan tentera laut di Perak, dan memberi komitmen untuk memberi laporan interim dalam tempoh dua minggu manakala laporan penuh dalam tempoh sebulan.
Dalam tragedi pada 9.32 pagi itu, 10 anggota dan pegawai tentera laut terdiri daripada tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec terkorban selepas helikopter dinaiki terhempas semasa menjalani raptai lintas hormat sempena sambutan ulang tahun tentera laut ke-90 di Pangkalan Lumut.