Soon Huat-Shevon muncul juara Masters Malaysia

Soon Huat-Shevon muncul juara Masters Malaysia

Pasangan beregu campuran menewaskan Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari dari Indonesia.

Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai
Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai muncul juara pada Masters Malaysia hari ini dengan menewaskan pasangan Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari, 21-18, 21-19, dalam masa 48 minit. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai mengecapi kegembiraan berganda apabila meraih gelaran kejohanan Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena hari ini.

Pasangan suami isteri pada kedudukan ranking ke-18 dunia itu muncul juara dengan menewaskan pilihan ketiga dari Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari, 21-18, 21-19, dalam masa 48 minit.

Kejayaan itu turut menyaksikan Soon Huat-Shevon, yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 4 Mei lepas, menamatkan kemarau tujuh Masters Malaysia untuk wakil negara meraih gelaran kejohanan Super 500 itu.

Wakil Malaysia terakhir menjuarai kejohanan itu ialah Tan Kiang Meng-Lai Pei Jing pada edisi 2017.

Kejohanan itu tidak diadakan pada 2021 disebabkan wabak Covid-19.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.