
Selangor FC memaklumkan, Faisal dibenarkan keluar setelah proses pemulihannya selepas menjalani empat pembedahan didapati memberangsangkan.
“Berdasarkan pemerhatian dan rawatan doktor pakar, pemulihan Faisal daripada kecederaan serius ini amat luar biasa dan menjangkaui jangkaan semua pihak.
“Faisal kini memasuki fasa seterusnya dalam proses rawatan dan pemulihan,” kata Selangor FC dalam kenyataan.
Sementara itu, pihak kelab dan keluarga Faisal turut memohon agar semua pihak dapat memberikan ruang agar pemain bola sepak negara itu dapat melalui proses pemulihan dengan sebaiknya.
“Mari kita bersama-sama terus mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan sepenuhnya buat Faisal dan semoga beliau dan keluarga terus diberi kekuatan mengharungi waktu yang sukar ini,” kata pihak kelab.
Dilaporkan pada Rabu lepas, Faisal menunjukkan perkembangan positif selepas menjalani pembedahan keempat.
Pada 5 Mei, Faisal melecur tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.