
LRA itu ditutup sementara malam tadi akibat kerja pembaikan kecemasan peralatan elektrik di Sub Stesen Utama Olak Lempit oleh Tenaga Nasional Berhad.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata, bekalan air di kawasan terjejas pulih 31.7% setakat 12 tengah hari tadi.
“Tempoh pemulihan bekalan air di kawasan terjejas berbeza, bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan,” katanya dalam kenyataan.
Air Selangor berkata, lori tangki air akan terus digerakkan ke kawasan terjejas, dengan keutamaan untuk premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis serta upacara pengebumian.